Kami terbuka!

Nasi Lemak Tanglin (Bukit Damansara)

  • Asian
  • -
  • Malaysian
  • -

3.8
57g, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia, 50490 Kuala Lumpur

Terma dan Syarat

Pengenalan
Terma dan Syarat yang diterangkan di bawah mengawal penggunaan laman web TuckerFox MYS SDN BHD (MalayBites) oleh anda. Rujukan berkenaan "laman web" termasuk; www.MalayBites.my atau mana-mana laman lain, perkhidmatan (termasuk perkhidmatan web), perisian, aplikasi atau media yang diuruskan dan dikawal oleh TuckerFox MYS SDN BHD. "Anda" bermaksud individu yang menggunakan www.MalayBites.my untuk memesan barangan dan tertakluk kepada Terma & Syarat ini. www.MalayBites.my bermaksud "Kami" atau "Kita"; bermaksud TuckerFox MYS SDN BHD, Berdaftar di Kuala Lumpur, Malaysia ACN; 160 880 017. Akses kepada laman web dan penggunaan laman web ini oleh anda merupakan persetujuan anda ke atas semua Terma & Syarat tersebut. Dalam menggunakan laman web ini anda mengesahkan bahawa anda berusia 18 tahun ke atas, atau mempunyai keizinan sah ibu bapa atau penjaga, serta berupaya dan berkemampuan penuh untuk memberikan perjanjian seperti dinyatakan dalam Terma & Syarat ini dan untuk berpegang kepada Terma & Syarat ini serta mematuhinya. Kami memegang hak untuk meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa jadi kami mengesyorkan supaya anda menyemak Terma & Syarat ini secara tetap. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma & Syarat, jangan gunakan laman web ini. Laman web ini dimiliki & dikendalikan oleh TuckerFox MYS SDN BHD.

Tujuan
Tujuan www.MalayBites.my adalah untuk menyediakan perkhidmatan pemesanan makanan yang ringkas, mudah dan berkesan dari segi kos kepada pelanggan di Malaysia, menghubungkan mereka dengan restoran di kawasan mereka yang menawarkan makanan bawa pulang. Menu interaktif membolehkan pelanggan membuat dan menghantar pesanan dengan hanya beberapa klikan tetikus. Apabila mendaftar dengan MalayBites, ahli boleh melihat sejarah pesanan mereka, memberikan maklum balas pada pesanan terdahulu, memperkenalkan rakan dan menikmati diskaun apabila berkenaan.

Kandungan Laman Web 
Laman web MalayBitesmungkin termasuk kandungan, maklumat atau pautan kepada pihak ketiga atau laman web pihak ketiga seperti menu restoran tempatan, foto dan ulasan. MalayBitestidak pernah mengesahkan ketepatan kandungan atau maklumat yang didapati daripada pihak ketiga dan disiarkan di laman webnya. MalayBitestidak memberi jaminan tentang maklumat yang disediakan oleh pihak ketiga. MalayBitestidak mengecaj ahli berdaftar untuk penggunaan laman webnya atau memesan makanan dalam talian. Ambil perhatian, sesetengah restoran mempunyai nilai pesanan minimum &/atau bayaran penghantaran yang mungkin berbeza berdasarkan subbandar. Syarat ini ditentukan oleh restoran yang mengambil bahagian untuk perkhidmatan penghantaran ke rumah mereka dan tidak berada di bawah pengaruh MalayBites. MalayBitestidak mengendors sebarang kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga atau disiarkan di laman web pihak ketiga. Maklumat dan pautan tersebut boleh anda gunakan atas risiko anda sendiri. MalayBites tidak mewajarkan sebarang makanan atau minuman yang tidak selamat dan tidak sesuai untuk dimakan yang dibekalkan oleh restoran ahli. Dengan menerima Terma & Syarat ini anda bersetuju untuk melepaskan TuckerFox MYS SDN BHD daripada sebarang liabiliti sekali pun yang timbul daripada penggunaan maklumat daripada pihak ketiga oleh anda, atau penggunaan mana-mana laman web pihak ketiga oleh anda, atau pengambilan sebarang makanan atau minuman dari restoran ahli oleh anda. MalayBites mengesyorkan sebelum anda menggunakan laman web pihak ketiga, anda hendaklah membaca dan menerima dasar privasi serta terma dan syarat penggunaan (jika ada) yang terpakai untuk laman web tersebut.

Had Penggunaan
Laman ini bertujuan untuk memberi akses kepada individu di Malaysia dan kami tidak membuat sebarang perwakilan bahawa mana-mana maklumat, bahan atau fungsi yang disertakan dalam laman web ini wajar digunakan dalam mana-mana bidang kuasa lain. Dengan menggunakan laman ini, anda menjamin bahawa sebarang maklumat peribadi yang diberikan oleh anda adalah benar, tepat, semasa dan lengkap dari setiap aspek dan bahawa anda akan memberitahu kami serta-merta mengenai sebarang perubahan terhadap maklumat peribadi anda dengan mengemas kini profil ahli anda di Laman atau dengan menghubungi MalayBites secara terus ([email protected]). Anda bersetuju untuk tidak menyamar sebagai mana-mana individu atau entiti lain atau menggunakan nama palsu atau nama yang anda tidak dibenarkan menggunakannya. Untuk menggunakan perkhidmatan kami anda mestilah berusia lebih daripada 18 tahun atau menerima keizinan orang dewasa untuk menggunakannya. Pelanggaran klausa ini mungkin mengakibatkan pembatalan keahlian anda. Kata laluan ahli hendaklah dirahsiakan sepanjang masa, dan mestilah tidak dikongsikan atau didedahkan kepada sesiapa. Anda bertanggungjawab terhadap semua aktiviti dan pesanan yang dibuat atau dihantar melalui keahlian anda. Jika anda mengetahui atau mengesyaki bahawa seseorang mengetahui tentang kata laluan anda maka anda hendaklah menghubungi kami serta-merta ([email protected]) Anda tidak boleh menggunakan laman ini untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan, termasuk tanpa terhad kepada: pengedaran sebarang bahan yang menyalahi undang-undang, berunsur fitnah, kesat, mengancam, berbahaya, cabul atau dengan cara lain tidak menyenangkan, menghantar bahan yang merupakan kesalahan jenayah, mengakibatkan liabiliti sivil atau dengan cara lain memungkiri mana-mana undang-undang, peraturan atau kod amalan. Mestilah tidak menggugat penggunaan atau keseronokan mana-mana individu lain terhadap laman ini. Memusnahkan, menghilangkan keupayaan atau merosakkan operasi laman ini atau cuba untuk memperolehi akses yang tidak dibenarkan ke laman ini atau ke rangkaian yang bersambung dengannya, melalui penggodaman, perdayaan dsb. 

Penggunaan Perkhidmatan MalayBites
Jika anda menggunakan ciri pemesanan dalam talian di laman web, maka anda mestilah menggunakan laman web hanya sekiranya anda berusia 18 tahun ke atas, atau dengan cara lain di bawah pengawasan orang dewasa atau penjaga; anda bersetuju untuk menerima tanggungjawab penuh terhadap semua aktiviti anda di laman web dan pemesanan dalam talian kami; dan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan kerahsiaan butiran peribadi, kata laluan dan butiran pembayaran anda. MalayBites memegang hak untuk menolak memberi perkhidmatan, membatalkan, akses anda ke laman web, atau pemesanan dalam talian, mengeluarkan atau mengedit sebarang kandungan atau membatalkan pesanan anda atas budi bicaranya semata-mata dan tanpa notis kepada anda. Jika terdapat pertikaian atau caj balik berkenaan pembayaran dalam talian, anda hendaklah menghubungi MalayBites secara terus untuk menyelesaikan pertikaian, bukannya restoran. MalayBites memberikan kebenaran untuk anda mengakses laman webnya menurut Terma & Syarat ini, dengan syarat anda: hanya menggunakan laman web untuk kegunaan peribadi anda; tidak menyalin, mengedar atau menerbitkan mana-mana bahagian laman web selain setakat keperluan munasabah bagi menggunakan laman web untuk tujuannya yang dimaksudkan; tidak menggunakan atau melancarkan apa-apa sistem berautomasi atau program berhubung dengan laman web MalayBites atau kefungsian pemesanan dalam taliannya; tidak mengumpul atau menuai apa-apa maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi daripada laman web, menggunakan sistem komunikasi yang disediakan oleh laman web untuk sebarang tujuan pengumpanan perdagangan, mengumpan atas apa-apa sebab sekali pun mana-mana pengguna laman web berkait dengan hantaran mereka ke laman web, atau menerbitkan atau mengedarkan sebarang baucar atau kod berhubung dengan laman web, atau mengikis atau menggodam Laman web; anda mematuhi peruntukan lain yang dinyatakan dalam Terma & Syarat ini. MalayBites tidak menjamin bahawa penggunaan perkhidmatan pemesanan dalam talian atau laman web oleh anda tidak akan terganggu dan kami tidak menjamin bahawa mana-mana maklumat (atau komunikasi) yang dihantar menerusi perkhidmatan pemesanan dalam talian atau laman web akan dihantar secara boleh dipercayai, tepat, menepati masa atau dihantar sama sekali. MalayBites tidak memberi jaminan bahawa perkhidmatan pemesanan dalam talian atau laman web bebas daripada virus atau sebarang perkara lain yang mungkin mempunyai kesan berbahaya kepada apa-apa teknologi. Selain itu, sementara MalayBites akan cuba membolehkan akses tidak terganggu kepada perkhidmatan pemesanan dalam talian atau laman web, akses kepada perkhidmatan pemesanan dalam talian atau laman web mungkin digantung, disekat atau dihentikan pada bila-bila masa. Semua harga adalah dalam Dolar Malaysia. Kecuali apabila dinyatakan, harga termasuk SST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan Malaysia). MalayBites memegang hak untuk mengganti, mengubah, menggantung, mengubah suai atau mengeluarkan tanpa notis sebarang maklumat atau perkhidmatan di laman web atau membentuk sebahagian daripada perkhidmatan pemesanan dalam talian dari semasa ke semasa. Akses anda kepada perkhidmatan pemesanan dalam talian dan/atau laman web mungkin kadangkala juga disekat untuk membolehkan pembaikian, penyelenggaraan atau pengenalan perkhidmatan baharu. MalayBites akan berusaha untuk mengembalikan semula akses tersebut secepat yang mungkin. MalayBitestidak bertanggungjawab untuk kefungsian yang bergantung pada pelayar anda atau perisian pihak ketiga untuk dikendalikan (termasuk, tetapi tidak terhad, suapan RSS). MalayBites juga boleh menarik balik sebarang maklumat daripada perkhidmatan pemesanan dalam talian atau laman web pada bila-bila masa. MalayBites memegang hak untuk menyekat akses dan/atau mengedit atau mengeluarkan sebarang bahan yang menurut pendapat munasabah kami boleh menimbulkan pelanggaran terhadap mana-mana Terma & Syarat ini. Apabila anda melawat www.MalayBites.my, kami mungkin akhirnya menyetor apa yang dipanggil “kuki” pada komputer anda untuk menawarkan kefungsian yang lebih baik kepada anda. Kuki ini mengandungi maklumat yang membantu kami mengingati anda sebagai pelanggan kami termasuk maklumat daripada pesanan anda yang sebelumnya. Penggunaan kuki ialah piawaian industri dan sesuatu yang biasa pada hampir setiap kedai internet atau laman web.

Membuat Pesanan
MalayBites berusaha untuk berurusan dengan pihak ketiga bereputasi baik yang menyediakan perkhidmatan berkualiti, namun www.MalayBites.my tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atas kualiti atau kuantiti mana-mana barangan yang dihantar oleh atau diambil daripada pihak ketiga yang bergabung. Pelanggan bertanggungjawab untuk memeriksa dengan teliti barangan yang dibekalkan sebelum bersetuju untuk membayar pesanan. Semua pertanyaan berkenaan barangan yang dipaparkan di laman ini hendaklah ditujukan kepada restoran rakan kongsi atau ahli. Selepas anda menghantar pesanan kepada kami, kami akan memberikan anda “nombor pesanan” dan menghantar butiran pesanan ini kepada anda dalam e-mel. Sila ambil perhatian bahawa ini adalah perakuan pesanan anda, bukan penerimaan. Penerimaan pesanan anda akan berlaku hanya apabila kami menghantar e-mel lanjut kepada anda yang mengesahkan bahawa restoran telah mengambil dan menerima pesanan anda. Jika restoran tidak mampu memenuhi pesanan anda, anda akan menerima e-mel mengatakan bahawa pesanan anda telah ditolak. Sila pastikan alamat e-mel yang anda berikan adalah betul dan peti mel anda berada dalam keadaan baik, kerana semua surat-menyurat berkenaan pesanan anda dihantarkan ke alamat ini. Semua penyediaan makanan dan penghantaran adalah tanggungjawab restoran yang menerima pesanan semata-mata. Sila sedari bahawa restoran akan melakukan segala perkara yang mereka mampu untuk memenuhi masa penghantaran yang ditentukan, namun masa penghantaran mungkin dipengaruhi oleh faktor di luar kawalan mereka dan oleh itu tidak dapat dijamin. Kami akan memaklumkan kepada anda jika kami menyedari tentang penundaan yang tidak dijangka. Butiran peribadi yang tidak betul mungkin membawa kepada masalah atau penundaan penghantaran, oleh itu sila pastikan bahawa anda telah menyertakan alamat yang betul (termasuk poskod), alamat e-mel dan nombor mudah alih untuk dihubungi apabila membuat pesanan.

Pembayaran
Sebaik sahaja pesanan anda telah diterima, ini melambangkan persetujuan antara anda sebagai pelanggan dengan restoran. Hanya restoran semata-mata yang bertanggungjawab atas pesanan ini. Bayaran tunai dibuat secara terus ke restoran yang memenuhi pesanan. Jika anda memilih untuk membayar dengan kad kredit atau kad debit di laman web, maka transaksi diproses oleh www.MalayBites.my sebagai agen restoran yang dibenarkan. Semua harga adalah termasuk GST dan diberi sebut harga dalam Dolar Malaysia (). Penghantaran dan/atau caj kad dikira bagi setiap pesanan dan menurut dasar setiap restoran. Sebarang caj penghantaran atau bayaran kad akan dipaparkan dengan jelas dalam Ringkasan Pesanan. Harga tertakluk kepada perubahan dan semua barangan tertakluk kepada ketersediaan.

Pembatalan
Anda mempunyai hak untuk membatalkan pesanan hanya sehingga sebelum pesanan dihantar ke restoran. Biasanya, ini adalah kira-kira 45 minit sebelum masa anda meminta penghantaran atau pengambilan dibuat. Ahli boleh membatalkan pesanan menerusi Sejarah Pesanan mereka, manakala tetamu boleh menggunakan pautan “Batalkan Pesanan” dalam e-mel pengesahan yang mereka terima. Sementara setiap usaha dibuat untuk memastikan ketepatan harga dan penerangan dikekalkan, kami memegang hak untuk membatalkan mana-mana pesanan yang dibuat berdasarkan maklumat yang tidak tepat. Sesuatu pesanan mungkin dibatalkan kemudiannya oleh restoran selepas anda telah menerima e-mel mengatakan pesanan telah diterima. www.MalayBites.my dan restoran ahli kami memegang hak untuk membatalkan mana-mana pesanan, sebelum atau selepas penerimaan dan akan memaklumkan kepada anda serta-merta tentang pembatalan tersebut.

Pendaftaran & Akaun
MalayBites memegang hak untuk menolak pendaftaran baharu atau membatalkan pendaftaran sedia ada pada bila-bila masa. Untuk mendaftar dengan MalayBites, anda perlu memasukkan maklumat peribadi di laman web yang mungkin termasuk nama anda, alamat penghantaran, butiran perhubungan, butiran pembayaran dan lain-lain maklumat peribadi yang mungkin ditawarkan di laman dari semasa ke semasa. Dasar Privasi menyatakan cara kami akan menguruskan maklumat peribadi anda. Apabila anda telah berjaya mendaftar dengan MalayBites, anda sama ada akan diminta untuk memasukkan kata laluan takrifan pengguna dengan minimum 8 aksara & mengesahkan kata laluan anda sewajarnya. Anda bertanggungjawab untuk menyimpan kata laluan secara sulit dan memaklumkan kepada kami (MalayBites) serta-merta jika anda mengesyaki sebarang penggunaan e-mel anda tanpa kebenaran atau sebarang pelanggaran keselamatan, atau jika mana-mana pihak ketiga yang dibenarkan mengetahui kata laluan itu. Anda bersetuju jika anda mendedahkan nama pengguna atau kata laluan anda kepada mana-mana individu, mereka dibenarkan bertindak sebagai ejen anda untuk tujuan menggunakan (dan/atau membuat transaksi melalui) laman web. Anda sepenuhnya bertanggungjawab jika anda tidak mengekalkan kerahsiaan kata laluan anda dan MalayBites tidak bertanggungjawab terhadap anda jika individu lain memesan makanan atau minimum sebagai pihak anda selepas mencuri kata laluan anda. MalayBites mensyaratkan semua akaun didaftarkan dengan alamat e-mel peribadi yang diakses secara tetap dan sah supaya kami boleh berkomunikasi dengan anda. Kami (MalayBites) memegang hak untuk menutup tanpa sebarang notis, mana-mana akaun yang telah didaftarkan menggunakan alamat e-mel orang lain atau dengan alamat e-mel sementara. Pengguna mungkin disyaratkan untuk mengesahkan semula akaun mereka jika kami percaya mereka telah menggunakan alamat e-mel yang tidak sah. Jika mana-mana pengguna dilihat menggunakan IP (alamat Protokol Internet) proksi untuk cuba menyembunyikan penggunaan berbilang akaun pendaftaran, atau jika pengguna bukan Malaysia berpura-pura menjadi pengguna, atau mengganggu laman web dalam apa-apa cara, kami memegang hak untuk menutup akaun mereka.

Penyerahan & Penghantaran Maklumat
Semua hantaran pengguna sebaik sahaja dihantarkan ke laman web kami atau melalui media sosial yang diuruskan oleh MalayBitesmenjadi hak milik MalayBites. MalayBitesmemegang hak untuk tidak menyiarkan hantaran pengguna ke laman webnya atau mengubah hantaran dalam apa-apa cara yang dilihat sesuai. Anda bersetuju bahawa MalayBites boleh menerbitkan nama dan hantaran anda di laman web MalayBites, media sosial atau dalam mana-mana media lain. Anda juga bersetuju bahawa MalayBites tidak menjamin kerahsiaan mana-mana hantaran pengguna sama ada diterbitkan atau tidak di laman web. Anda bersetuju bahawa MalayBites tidak mengendors mana-mana hantaran pengguna dan menafikan semua liabiliti berhubung hantaran pengguna. Anda bersetuju untuk tidak menghantar bahan yang dilindungi hak cipta, rahsia dagangan atau dengan cara lain tertakluk kepada hak proprietari pihak ketiga, termasuk hak privasi, melainkan anda ialah pemilik hak tersebut atau mempunyai kebenaran daripada pemilik yang sebenar untuk menghantar bahan dan memberikan kepada MalayBites kesemua hak lesen yang diberikan di dalam ini. Anda bersetuju untuk tidak menyerahkan maklumat yang palsu atau menipu, menyalahi undang-undang, cabul, berunsur fitnah, mengancam, lucah, mengganggu, mengandungi kebencian, menyerang bangsa dan etnik atau menggalakkan kelakuan yang akan dikira sebagai kesalahan jenayah. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan laman web untuk menghantar iklan atau umpan perniagaan tanpa keizinan bertulis kami terlebih dahulu. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyamar sebagai individu lain apabila menggunakan www.MalayBites.my. Berhubung dengan hantaran pengguna anda sendiri, anda menegaskan dan menjamin bahawa anda memiliki atau mempunyai lesen, persetujuan dan keizinan yang diperlukan untuk menggunakan dan memberi kebenaran kepada MalayBites untuk menggunakan semua paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, hak cipta atau hak proprietari lain dalam dan atas mana-mana dan semua hantaran pengguna untuk membolehkan penyertaan dan penggunaan hantaran pengguna dalam cara yang difikirkan sesuai oleh laman web dan Terma & Syarat ini. MalayBites tidak membenarkan aktiviti yang melanggar hak cipta dan pelanggaran hak harta intelektual di laman webnya. MalayBites akan menyekat dan mengeluarkan semua kandungan jika kandungan tersebut melanggar hak harta intelektual individu lain. MalayBites memegang hak untuk mengeluarkan kandungan tanpa notis terlebih dahulu.MalayBites juga memegang hak untuk membatalkan tanpa notis akses pengguna ke laman webnya, jika dia ditentukan sebagai pelanggar berulang. Pelanggar berulang ialah pengguna yang telah dimaklumkan mengenai aktiviti yang melanggar Terma & Syarat ini pada satu kejadian sebelumnya dan/atau maklumatnya pernah dikeluarkan daripada laman web.

Harta Intelektual
Anda tidak boleh mencetak, menyalin, menghasilkan semula, memuat turun, menerbitkan semula, menyiar, menghantar, memapar, mengubah suai atau menggunakan semula bahan daripada laman ini untuk sebarang perkara lain selain penggunaan peribadi dan bukan komersial, termasuk secara khusus sebarang tujuan yang secara amnya menjual semula atau menggunakan semula bahan, tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu daripada pemegang hak cipta. Semua hak cipta, tanda dagangan dan lain-lain hak harta intelektual dalam laman ini dan kandungannya (termasuk tidak terhad kepada reka bentuk laman, teks, grafik, logo, ikon, imej dan semua perisian, pangkalan data dan kod sumber berhubung dengan laman) dimiliki oleh atau dilesenkan kepada MalayBites atau dengan cara lain digunakan oleh MalayBites sebagaimana dibenarkan oleh undang-undang.

Pampasan
Anda mesti menanggung rugi dan memelihara MalayBites, pengarah, pegawai, pekerja, ejen, penjual, pengiklan, rakan kongsi dan pembekalnya dan memastikan kerugian mereka ditanggung daripada semua kehilangan, tindakan, prosiding, kos, perbelanjaan (termasuk bayaran perundangan), tuntutan dan ganti rugi yang timbul daripada akses kepada laman web dan penggunaan laman web, apa-apa pemungkiran atau pelanggaran Terma & Syarat laman ini atau pelanggaran anda terhadap mana-mana undang-undang atau pelanggaran anda terhadap hak mana-mana pihak ketiga. 

Ketersediaan
Laman ini mungkin tidak tersedia pada waktu tertentu untuk membolehkan penyelenggaraan dan pengemaskinian. Meskipun kami akan berusaha untuk memaklumkan pelanggan lebih awal tentang ketidaktersediaan perkhidmatan, hal ini tidak boleh dijamin dan kami memegang hak untuk mengubah atau menarik balik perkhidmatan pada bila-bila masa. 

Hak Pemilikan
Laman ini menyediakan maklumat restoran dan pendapat serta alat untuk memesan makanan dalam talian. Semua bahan di laman ini mestilah dianggap dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia atau bidang kuasa lain melainkan dengan cara lain dimaklumkan dan tidak boleh digunakan kecuali sepertimana dibenarkan dalam Terma & Syarat ini atau dalam teks di laman web ini. Akses kepada laman web ini tidak memberikan anda lesen atau hak kepada anda atas sebarang tanda perkhidmatan yang muncul di laman ini tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada MalayBites atau pihak ketiga yang mungkin memiliki tanda perkhidmatan. Melainkan dengan cara lain ditentukan, semua nama perkhidmatan, grafik tersuai, ikon dan logo adalah tanda dagangan berdaftar, tanda dagangan tidak berdaftar, nama dagangan atau tanda perkhidmatan MalayBites. Tanda dagangan, tanda perkhidmatan, reka bentuk dan logo (secara kolektif, “Tanda dagangan”) yang dipaparkan oleh Laman ini dan/atau pada e-mel yang dihantarkan kepada anda adalah Tanda dagangan berdaftar atau tidak berdaftar MalayBites. Semua tanda dagangan, nama dagangan atau tanda perkhidmatan pihak ketiga merupakan harta pemiliknya masing-masing. Penggunaan mana-mana tanda perkhidmatan MalayBites tanpa kelulusan bertulis yang nyata daripada kami adalah dilarang keras. Sebarang penggunaan imej yang tidak dibenarkan mungkin melanggar undang-undang hak cipta, undang-undang tanda dagangan, undang-undang privasi dan publisiti serta statut sivil dan jenayah.

Enjin Carian
MalayBitesmengizinkan pengendali enjin carian yang tersedia secara umum, seperti Google dan Yahoo! untuk menggunakan aplikasi perisian seperti lelabah bagi menyalin bahan daripada laman web semata-mata untuk tujuan mencipta indeks bahan boleh dicari yang tersedia secara umum, tetapi bukan cache atau arkib bahan tersebut. MalayBites memegang hak untuk menarik balik keizinan secara penuh atau sebahagian pada bila-bila masa.

Penafian Liability 
Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, liabiliti MalayBites terhadap anda untuk sebarang kehilangan yang timbul berkaitan dengan Terma & Syarat ini atau penggunaan laman web kami sebagai hasil pemungkiran kami terhadap Terma & Syarat atau kecuaian kami hendaklah tidak melebihi $50. MalayBites tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan turutan, kehilangan khas atau kehilangan tidak langsung yang timbul daripada penggunaan perkhidmatannya oleh anda. MalayBites tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan fotografi atau tipografi berkaitan sebarang butiran atau penerangan restoran tertentu. MalayBites tidak mengambil tanggungjawab atas sebarang pengalaman tidak baik atau makanan tidak elok di mana-mana restoran tempat anda makan. Oleh sebab MalayBites tidak pernah mempunyai dan tidak akan pernah mempunyai apa-apa penglibatan kontraktual dalam pesanan anda atau urusan lain dengan restoran ahli MalayBites tidak perlu melibatkan diri dalam penyelesaian apa-apa pertikaian yang timbul antara anda dengan mana-mana restoran ahli. MalayBites menafikan sebarang liabiliti atas tindakan, kesilapan atau peninggalan oleh mana-mana pengguna pihak ketiga, pengiklan atau penaja di laman MalayBites. Perubahan Terma & Syarat MalayBites boleh, menurut budi bicara dan tertakluk kepada undang-undang, meminda atau dengan cara lain mengubah suai Terma & Syarat dari semasa ke semasa. MalayBites mengesyorkan supaya anda membaca dengan teliti Terma & Syarat setiap kali anda melawat laman web kerana ia mungkin mempengaruhi hak anda.

Promosi & Diskaun 
MalayBites dari semasa ke semasa mungkin menawarkan promosi atau diskaun kepada ahlinya secara percuma atau untuk nilai tertentu. MalayBites dari semasa ke semasa mungkin membenarkan restoran ahli menawarkan promosi atau diskaun mereka sendiri untuk digunakan sempena pemesanan makanan atau minuman mereka. Sebarang promosi atau diskaun yang ditawarkan menerusi laman web tidak boleh ditebus atau dibayar balik dengan tunai oleh MalayBites atau digunakan melebihi tarikh luput masing-masing. MalayBites tidak mempunyai kewajipan untuk menebus mana-mana promosi atau diskaun yang muncul semata-mata atas pendapatnya bahawa ia telah diubah atau dipalsukan.

Terma & Syarat Am
Terma & Syarat ini, berserta dengan Dasar Privasi MalayBites merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dengan MalayBites berkenaan laman web dan perkhidmatannya. Jika sebarang peruntukan Terma & Syarat ini atau Dasar Privasi disifatkan tidak sah oleh mahkamah dengan bidang kuasa kompeten, ketidaksahan peruntukan tersebut tidak akan mempengaruhi kesahan peruntukan yang berbaki dalam Terma & Syarat ini atau dasar yang berkenaan, yang akan kekal berkuat kuasa dan berkesan dengan sepenuhnya. Tiada penepian mana-mana terma dalam Terma & Syarat ini yang akan disifatkan sebagai penepian lanjutan atau berterusan terma tersebut atau sebarang terma yang lain, dan kegagalan MalayBites untuk menegaskan sebarang hak atau peruntukan di bawah Terma & Syarat ini hendaklah tidak menjadi penepian hak atau peruntukan tersebut. Perkhidmatan yang disediakan oleh MalayBites dan penggunaan laman web serta sebarang pembelian makanan atau minuman melalui laman web tidak termasuk peruntukan komputer atau lain-lain perkakasan yang anda perlukan untuk mengakses laman web atau perkhidmatan atau untuk membuat sebarang pembelian makanan atau minuman. Untuk menggunakan laman web atau membuat pembelian makanan atau minuman, anda akan memerlukan sambungan internet dan sambungan telekomunikasi yang sesuai. MalayBites tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos telefon, kos telekomunikasi atau kos lain yang mungkin anda tanggung atau ke atas sebarang kepincangan tugas teknikal pada perkakasan komputer atau telefon yang anda gunakan. Restoran ahli yang berkaitan, dan bukan MalayBites, yang membekalkan anda dengan makanan dan minuman yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk membekalkan anda dengan makanan atau minuman yang dipesan, kualiti makanan atau minuman tersebut dan untuk menebus apa-apa promosi atau diskaun yang anda beli daripada MalayBites atau dihadiahkan kepada anda. MalayBites tidak mengambil tanggungjawab ke atas servis sebarang alkohol oleh restoran ahli atau pihak yang disenaraikan di laman webnya. MalayBites tidak bertindak sebagai agen untuk restoran ahli atau pihak ketiga yang disenaraikan di laman web. Tiada apa-apa pun dalam Terma & Syarat ini patut ditafsirkan sebagai pewujudan usahasama, perkongsian atau perhubungan agensi antara anda dengan MalayBites dan tiada mana-mana pihak sepatutnya memiliki hak atau kebenaran untuk menanggung sebarang liabiliti hutang atau kos atau memeterai sebarang kontrak atau persetujuan lain atas nama atau bagi pihak yang satu lagi. Anda tidak boleh menugaskan atau mendelegasikan atau dengan cara lain berurusan dengan semua atau mana-mana hak atau kewajipan anda di bawah Terma & Syarat ini. MalayBites hendaklah berhak menugaskan atau dengan cara lain mendelegasikan semua atau mana-mana hak atau kewajipan kami di bawah Terma & Syarat ini kepada mana-mana individu. MalayBites hendaklah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa pelanggaran kewajipan kami di bawah Terma & Syarat ini jika kami terhalang atau tersekat daripada melaksanakan kewajipan kami oleh sebarang sebab yang berada di luar kawalan munasabah kami, termasuk kebakaran, kilat, banjir, cuaca yang sangat buruk, sekatan masuk, mogok, pertikaian buruh, bencana alam, rusuhan, perang, kekacauan awam, kerosakan berniat jahat, kegagalan sebarang sistem telekomunikasi atau komputer, pematuhan sebarang undang-undang, kemalangan (atau sebarang kerosakan lain yang disebabkan oleh mana-mana peristiwa tersebut). Jika mana-mana peruntukan Terma & Syarat ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan ini hendaklah disifatkan boleh asing dan apabila mampu, kesahan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan perjanjian ini yang masih berbaki hendaklah tidak terkesan.

E-mel & Kandungan yang Dihantar
Sebarang komunikasi atau bahan yang anda hantarkan atau serahkan ke laman web ini atau MalayBites secara mel elektronik atau cara lain, termasuk sebarang data, penilaian, pendapat, maklumat restoran, pertanyaan, komen, cadangan, akan dilayan sebagai bukan sulit dan bukan proprietari. MalayBites bebas untuk menggunakan sebarang idea, konsep, cara atau teknik yang terkandung dalam mana-mana komunikasi yang anda hantarkan ke laman untuk apa-apa tujuan sekali pun termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pembangunan, pembuatan, pemasaran produk atau perkhidmatan menggunakan maklumat tersebut. Anda memberikan hak tidak eksklusif, bebas royalti, berterusan, tidak boleh mansuh dan boleh disublesenkan sepenuhnya untuk menggunakan, menghasilkan semula, mengubah suai, mengadaptasi, menerbit, menterjemah, mencipta karya terbitan daripada kandungan tersebut serta mengedar dan memaparkannya di seluruh dunia dalam mana-mana media. Anda menegaskan dan menjamin bahawa anda memiliki atau dengan cara lain mengawal semua hak ke atas kandungan yang anda serahkna; bahawa kandungan adalah tepat sepanjang pengetahuan anda; bahawa penggunaan kandungan yang anda bekalkan tidak melanggar dasar ini dan tidak akan menyebabkan kecederaan kepada mana-mana individu atau entiti; dan bahawa anda akan menanggung kerugian, mempertahan dan memelihara MalayBites dari semua tuntutan akibat daripada kandungan yang anda bekalkan. MalayBites mempunyai hak tetapi bukan kewajipan untuk memantau dan mengedit atau mengeluarkan sebarang aktiviti atau kandungan. MalayBites tidak mengambil tanggungjawab dan tidak menerima liabiliti atas sebarang kandungan yang disiarkan oleh anda atau mana-mana pihak ketiga.

Laman Pihak Ketiga
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web dan perkhidmatan lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau dasar terma & syarat atau amalan yang digunakan oleh syarikat lain atau laman web yang dipautkan kepada atau daripada laman ini. Sila baca dasar terma dan syarat mana-mana syarikat atau laman web lain yang mungkin anda pautkan kepada atau daripada laman web kami. Dasar terma dan syarat kami terpakai hanya untuk laman web kami dan produk serta perkhidmatan yang kami tawarkan. Sementara MalayBites menyediakan pautan pada laman ini ke laman lain, penyertaan pautan tersebut adalah untuk kemudahan sahaja dan hendaklah tidak ditafsirkan sebagai pengendorsan pemilik/penaja atas laman atau kandungan laman. MalayBites menafikan semua waranti, nyata atau tersirat, berkenaan ketepatan, kesahan, keundangan atau yang lain berkenaan apa-apa bahan atau maklumat yang terkandung di laman tersebut.

Penyelesaian Pertikaian
Undang-undang Negeri Federal Court of Malaysia dan Komanwel Malaysia mengawal laman web ini. Laman web ini boleh diakses di seluruh Malaysia dan di seberang laut. MalayBites tidak membuat apa-apa penegasan atau jaminan bahawa kandungan laman web ini mematuhi undang-undang (termasuk undang-undang harta intelektual) di negara-negara lain di luar Malaysia. Jika anda mengakses laman web ini dari luar Malaysia, anda melakukannya atas tanggungjawab anda sendiri dan anda bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan dengan semua undang-undang di tempat anda berada. Anda bersetuju untuk menepikan sebarang hak yang mungkin anda miliki untuk memulakan atau menyertai sebarang tindakan kelas terhadap kami berkait dengan sebarang tuntutan dan, apabila berkenaan, anda juga bersetuju untuk memilih keluar daripada sebarang prosiding kelas terhadap kami. Tanpa mengambil kira yang di atas, kami memegang hak untuk meneruskan perlindungan hak harta intelektual dan maklumat sulit melalui relief bersifat injunksi atau relief saksama lain menerusi mahkamah. Maklum Balas dan Hantaran Pengguna Kami tidak mengumpan atau ingin menerima sebarang maklumat sulit atau proprietari daripada anda. Begitu juga kami tidak ingin menerima sebarang bahan kreatif, idea atau cadangan selain daripada perkara yang kami minta secara khusus. Jika anda menghantar kepada kami sebarang komunikasi atau bahan melalui e-mel atau cara lain, anda menegaskan dan menjamin bahawa maklumat dan bahan adalah berasal daripada anda, dan anda akan dikira telah memberikan kepada kami lesen berterusan di seluruh dunia yang bebas royalti untuk menggunakan komunikasi atau bahan tersebut dalam apa-apa cara yang kami fikirkan sesuai dan kami akan bebas menggunakan mana-mana bahan atau maklumat tersebut yang terkandung dalam komunikasi yang anda hantarkan untuk sebarang tujuan sekali pun.

Ulasan Pelanggan & Penilaian
Penilaian yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan makluman sahaja dan bukan nasihat. Malah anda hendaklah tidak bergantung pada ulasan untuk membuat (atau menahan diri daripada membuat) atau mengambil (atau menahan diri daripada mengambil) apa-apa tindakan. Ulasan adalah pendapat pelanggan yang telah memesan melalui laman web, dan sebarang pernyataan, nasihat atau pandangan yang dibuat oleh pelanggan tersebut adalah hanya milik pelanggan tersebut sahaja.

Keseluruhan Perjanjian
Terma dan Syarat ini menggambarkan keseluruhan pemahaman berkaitan penggunaan laman web dan mengatasi mana-mana komunikasi terdahulu atau semasa yang bersalahan atau tambahan. Pembatalan Kami memegang hak untuk menolak pendaftaran baharu, membatalkan hak anda untuk membuat pautan ke laman web, mengeluarkan anda daripada menjadi pengguna di laman web ini, dan/atau menghalang sebarang penggunaan lanjut jika anda melanggar mana-mana Terma & Syarat. Jika kami menimbangkan terdapat risiko liabiliti atau kehilangan ke atas kami atau restoran ahli kami, kami mungkin mengambil sebarang tindakan yang disifatkan perlu untuk mengelakkan liabiliti atau kehilangan tersebut daripada berlaku. Jika kami membatalkan hak anda untuk membuat pautan ke laman web anda mesti berhenti memaut ke laman web dengan serta-merta. Mana-mana individu yang memegang keahlian yang digantung atau dibatalkan mestilah tidak membuat pesanan daripada laman web ini atau menyertai semula laman web ini tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu daripada kami. Kami memegang hak untuk menugaskan atau mensubkontrakkan mana-mana atau semua hak dan kewajipan kami di bawah terma ini. Sila ambil perhatian bahawa kami berupaya untuk mengesan alamat IP anda, dan jika perlu, menghubungi penyedia perkhidmatan internet (ISP) anda sekiranya disyaki berlaku pelanggaran Terma & Syarat ini.

Kebolehkuatkuasaan
Jika mana-mana bahagian dalam Terma & Syarat ini disifatkan menyalahi undang-undang, terbatal atau atas sebarang sebab tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan itu hendaklah disifatkan boleh asing daripada Terma & Syarat ini dan hendaklah tidak mempengaruhi kesahan dan kebolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan yang tinggal daripada Terma & Syarat ini. Tiadanya penepian oleh kami hendaklah ditafsirkan sebagai penepian atas sebarang pelanggaran terdahulu atau terkemudian terhadap mana-mana peruntukan. 

Undang-undang yang Mengawal
Terma & Syarat, Dasar Privasi dan sebarang perkara yang berkaitan laman web ini hendaklah dikawal oleh undang-undang Federal Court of Malaysia dan Komanwel Malaysia manakala sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan secara ekslusif dalam mahkamah Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia di Malaysia.

Hubungi Kami
Jika anda mempunyai pertanyaan atau kerisauan tentang Terma & Syarat ini anda boleh menghubungi kami di [email protected] Kami mengesyorkan agar anda mencetak salinan Terma & Syarat ini untuk rujukan anda pada masa akan datang.